Partisan Yugoslavia
Partisan Yugoslavia

Partisan Yugoslavia

Bekas Kuasa Paksi:Puak Bersekutu lain:Penyokong Sekutu lain:Kolaborator Paksi lain:Musuh lain:Pejuang Partisan Yugoslavia,[note 1][11] atau Tentera Pembebasan Nasional,[note 2] secara rasminya Tentera Pembebasan Nasional dan Detasmen Partisan Yugoslavia,[note 3][12] adalah pemberontak anti-fasis pimpinan komunis yang menentang Kuasa Paksi (terutamanya Jerman) di taklukan Yugoslavia semasa Perang Dunia II. Dipimpin oleh Josip Broz Tito,[13] pejuang Partisan dianggap sebagai gerakan penentang anti Paksi yang paling efektif di Eropah semasa Perang Dunia II.[14][15][16]Pada asalnya ia merupakan pasukan gerila, puak Partisan berkembang menjadi sebuah pasukan pejuang besar yang terlibat dalam peperangan konvensional kemudiannya, berjumlah kira-kira 650,000 orang pada akhir tahun 1944 dan disusun dalam 4 tentera darat medan dan 52 divisyen. Objektif utama puak Partisan ialah pembebasan tanah Yugoslavia dari tentera penjajah dan pembentukan negara komunis berbilang etnik di Yugoslavia.Pejuang Partisan disusun atas inisiatif Tito selepas pencerobohan tentera Paksi ke atas Yugoslavia pada April 1941, dan memulakan kempen aktif gerila terhadap tentera penjajah selepas Jerman menceroboh Soviet Union pada bulan Jun. Satu pemberontakan berskala besar telah dilancarkan pada Julai, kemudian disertai oleh pejuang Chetnik Draža Mihailović, yang membawa kepada pembentukan singkat Republik Užice. Pihak Paksi melancarkan beberapa siri penyerangan sebagai tindak balas tetapi gagal memusnahkan sepenuhnya kepimpinan mereka dan pejuang Partisan yang mudah alih. Pada akhir tahun 1943 pihak Sekutu telah menukar sokongan mereka dari Mihailović ke Tito ketika kerjasama Chetnik bertambah jelas, dan pihak Partisan mendapat pengiktirafan rasmi di Persidangan Tehran. Pada musim gugur 1944, pihak Partisan dan Tentera Merah Soviet membebaskan Belgrade setelah Penyerangan Belgrade. Pada pengakhiran perang, pejuang Partisan telah menguasai seluruh negara serta Trieste dan Carinthia. Selepas perang, pejuang Partisan telah disusun semula sebagai angkatan tentera tetap bagi Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia yang baru ditubuhkan.

Partisan Yugoslavia

Aktif 1941–1945
Ideologi
Pertempuran/ perang Pemberontakan Montenegro
Pemberontakan Srb
Republik Užice
Republik Bihać
Pertempuran Neretva
Pertempuran Sutjeska
Pertempuran Kozara
Serangan ke atas Drvar
Pertempuran Belgrade
Barisan Syrmian
Operasi Trieste
(most notable)
Ibu pejabat Mudah alih, disangkut ke Kumpulan Operasi Utama
Lawan Kuasa Paksi:

Kolaborator Paksi lain:

Musuh lain:

Pemimpin Josip Broz Tito
Ivan Ribar
Andrija Hebrang
Aleksandar Ranković
Koča Popović
Svetozar Vukmanović
Milovan Đilas
Boris Kidrič
Mihajlo Apostolski
Kawasan operasi Yugoslavia taklukan Paksi
 Romania (tujuan perlindungan)[10]
Itali (wilayah Istria, pulau Cres dan Lošinj, Fiume, Zara, sebahagian Friuli-Venezia Giulia, terutama Trieste)
 Jerman Nazi (sebahagian Carinthia pada Mei 1945 sahaja)
Sekutu Pihak Bersekutu

Bekas Kuasa Paksi:

Puak Bersekutu lain:

Penyokong Sekutu lain: